🚨 KDN PERKUKUH PENGUATKUASAAN, RAMPASAN CECAH RM25.6 JUTA

6 Mei 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara bersepadu bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan ekonomi negara.

πŸ’¬ β€œKDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan secara strategik dan bersepadu demi memastikan keselamatan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Sepanjang tempoh pemantauan krisis bekalan global, KDN berjaya merekodkan:

πŸ”΄ RM25.6 JUTA
Nilai rampasan keseluruhan

🟠 459 TANGKAPAN
Melibatkan operasi semua agensi

🟑 RM216,997
Nilai rampasan harian

πŸ”΅ 6 KES
Tangkapan harian direkodkan

πŸ“ Fokus utama operasi tertumpu kepada penyeludupan diesel dan petrol, hotspot Sabah dan Johor serta kawalan ketat di pintu masuk ICQS seluruh negara.

Pendekatan smart enforcement yang dilaksanakan melalui kerjasama erat PDRM, APMM dan Jabatan Imigresen Malaysia membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam mempertahankan keselamatan negara secara menyeluruh.

πŸ“Œ Sumber:
KDN
6 Mei 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *