IMPAK KRISIS BEKALAN GLOBAL: 452 TANGKAPAN DIREKODKAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh penguatkuasaan bersepadu dalam menangani cabaran krisis bekalan global serta membanteras aktiviti penyeludupan yang menjejaskan keselamatan negara dan ekonomi rakyat.

💬 Petikan YB Menteri Dalam Negeri

“Sebanyak 452 tangkapan yang direkodkan mencerminkan ketegasan dan komitmen berterusan KDN dalam memastikan keselamatan negara serta melindungi kepentingan rakyat daripada ancaman penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

🔥 452 TANGKAPAN KESELURUHAN
menjadi bukti ketegasan tindakan penguatkuasaan di lapangan.

📊 HASIL PENGUATKUASAAN

💰 RM23.22 Juta
Rampasan oleh PDRM

💰 RM2.17 Juta
Rampasan oleh APMM

👮‍♂️ Statistik tangkapan mengikut agensi:

  • PDRM: 397
  • APMM: 34
  • JIM: 21

🛡️ TINDAKAN STRATEGIK KDN

✔️ Operasi berterusan di darat, laut dan sempadan negara
✔️ Membanteras penyeludupan dan jenayah rentas sempadan
✔️ Melindungi bekalan kritikal serta ekonomi rakyat
✔️ Menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara

🇲🇾 KDN KOMITED UNTUK RAKYAT

KDN bersama agensi di bawahnya akan terus bertindak secara proaktif, bersepadu dan berintegriti bagi memastikan Malaysia kekal aman, stabil dan berdaulat.

📌 Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *