
6 Mei 2026
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ingin memaklumkan bahawa
tempoh pengecualian khas bagi pengimportan kenderaan elektrik (EV) di bawah AP Francais
dalam bentuk Completely Built-Up (CBU) selama empat (4) tahun telah tamat pada 31
Disember 2025.
Susulan penamatan tempoh pengecualian tersebut, dasar berkaitan EV CBU telah
dikembalikan kepada ketetapan sedia ada.
Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira
bahawa syarikat masih mempunyai baki stok termasuk stok sedia ada, stok di pelabuhan serta
stok dalam transit, MITI membenarkan stok berkenaan dijual mengikut ketetapan dalam
tempoh pengecualian khas sehingga habis.
Oleh itu, mulai 1 Julai 2026, semua pengimportan EV CBU (yang dipasang siap di luar negara)
adalah tertakluk kepada dua (2) syarat utama seperti berikut:
(i) Nilai Cost, Insurance and Freight (CIF) minimum sebanyak RM200,000; dan
(ii) Had kuasa motor minimum diselaraskan daripada 200kW kepada 180kW dan ke atas.
Penyelarasan ini telah dimaklumkan kepada syarikat pemegang AP Francais melalui sesi libat
urus yang diadakan pada 30 April 2026.
Kementerian kekal komited untuk memastikan persekitaran dasar yang telus, konsisten dan
seimbang dalam menyokong pembangunan industri automotif serta melindungi kepentingan
ekonomi negara dan hak pengguna kenderaan.
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
6 Mei 2026
