
8 Mei 2026
“Tawaran Haji Ekspres”, “Tanpa Giliran TH”, “Hanya RM5,999!” β Bunyinya cukup indah, tapi awasβ¦ itu mungkin jerat SCAMMER! π
Ramai yang terpedaya kerana terlalu rindu nak ke Baitullah. Akhirnya, ribuan ringgit lesap, impian ke Tanah Suci pula musnah. π
JANGAN MUDAH TERGIUR DENGAN:
β
Harga ‘lelong’ yang tidak munasabah.
β
Janji terbang segera tanpa menunggu giliran rasmi.
β
Arahan bayar ke akaun individu (Personal Account).
PESANAN PDRM PEKAN:
1οΈβ£ SEMAK β Hanya berurusan dengan Tabung Haji atau agensi yang mempunyai lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang sah.
2οΈβ£. SABAR β Jangan terburu-buru buat bayaran melalui media sosial/WhatsApp.
3οΈβ£. LAPOR β Jika nampak iklan meragukan, hubungi kami segera!
Sebarkan pesanan ini terutamanya kepada ibu bapa dan warga emas di kampung. Jangan biarkan simpanan hari tua mereka dicuri penjenayah.
HUBUNGI :-
βοΈ IPD Pekan: 09-422 2222
π NSRC (Pusat Respons Scam Kebangsaan): 997
“Semak Dulu, Bayar Kemudian”
