
Felo Penyelidik Institut Kajian Pilihan Raya dan Kemajuan Demokrasi (IESAD) UNISEL)
Oleh : ‘Atiqah Syairah Shaharuddin –
(Felo Penyelidik Institut Kajian Pilihan Raya dan Kemajuan Demokrasi (IESAD) UNISEL)
8 Mei 2026
Perang Asia Barat yang melanda di peringkat global tidak menjadi penghalang untuk
individu-individu yang aktif dalam mencatur kepentingan peribadi untuk memanjat
ambisi politik.
Dalam keadaan rakyat sedang mencatu keperluan di peringkat rumah,
penjawat awam terpaksa berhadapan dengan potongan dan langkah penjimatan,
pemimpin parti pula sibuk dengan melaksanakan langkah pengkhianatan.
Umum mengetahui dalam mana-mana struktur dan organisasi kepimpinan negara,
setiap ketua parti pastinya berhadapan dengan pertembungan dalaman.
Sama ada di
antara Timbalan, naib-naib mahupun ketua sayap serta majlis pimpinan tertinggi.
Tidak ada seorang pun ketua dalam kalangan parti politik yang menerima dokongan
solid 100 peratus di kalangan ahli mereka.
Namun demikian, adakah adil untuk mengheret rakyat dan masyarakat ke kancah
pertembungan politik dalaman masing-masing?
Bukankah tanggungjawab Yang
Berhormat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, serta setiap pemimpin yang
menang pilihan raya atau dilantik untuk memegang posisi strategik sehinggalah masuk
semula ke pentas pilihan raya atau pemilihan yang seterusnya?
Pastinya sukar untuk individu yang ghairah untuk memanjat dalam kepimpinan jika
masing-masing beranggapan mereka jauh lebih baik dari kepimpinan semasa.
Sepertimana ibrah yang kita boleh pelajari daripada pertembungan bersejarah
sedekad yang lalu antara Hillary dan Trump.
MENGHUKUM PEMIMPIN
Pertembungan antara Hillary dan Bernie
di dalam parti demokrat akhirnya sedikit sebanyak menyumbang dalam kemenangan
Trump sepertimana kajian yang dijalankan oleh Center for Politics yang menjelaskan
legitimasi undi Bernie yang tidak beralih kepada Hillary.
Sungguhpun demikian, setidaknya kekalahan Hillary berlaku secara demokrasi dan
menggunakan ruang pilihan raya untuk menghukum pemimpin.
Kaedah yang
seumpamanya tidak berlaku di Negeri Sembilan baru-baru ini.
Jika benar sepertimana
yang dinyatakan oleh mantan penyampai radio Hot FM yang baharu turut serta semula
aktif dalam parti, maka krisis yang berlaku di Negeri Sembilan adalah disebabkan
pertembungan antara Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sahaja.
MENGHERET SELURUH RAKYAT
Adakah adil untuk mengheret seluruh rakyat Negeri Sembilan hanya disebabkan
ketidaksepakatan pendapat antara pemipin parti?
Jika itu yang berlaku, maka wajar
untuk pemilihan UMNO yang diawalkan untuk menguruskan krisis yang sedemikian.
Usahlah ditangguhkan pasca Pilihan Raya Umum ke-16 kerana negeri lain juga mungkin
akan menurut gelombang pengkhianatan yang sama.
Wajar untuk parti-parti lain menyerap keberanian Parti KEADILAN Rakyat yang
mengadakan pemilihan parti dan menggunakan ruang dalaman untuk mengukuhkan
pasukan.
Mungkin sahaja langkah dilihat tempang dan tidak sempurna, namun jelas
pemilihan Timbalan Presiden untuk parti yang mana Presiden merupakan YAB Perdana
Menteri mampu mengelakkan negara dan rakyat diheret dalam ketidakstabilan politik
yang berlarutan.
Moga-moga lebih ramai dalam kalangan pemimpin yang mengambil pendekatan patriot
dan tidak populis demi kemaslahatan rakyat terbanyak.
Selagi isu yang melanda di
peringkat global yang menyebabkan rentetan ekonomi untuk industri, peniaga dan
pengusaha secara amnya, maka pilihan raya yang dilaksanakan hanyalah atas asas
kuasa sahaja.
Bukan untuk khidmat dan khusus kepada pembangunan masyarakat dan
rakyat dan yang pastinya bukan untuk watan Malaysia yang kita cintai ini.
