PROGRAM CITRA NEGARA YB MENTERI DALAM NEGERI – TINJAUAN PENGOPERASIAN DI RTS LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA

JOHOR BAHRU, 8 Mei 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini melakukan tinjauan ke tapak Projek RTS Link Johor Bahru–Singapura di Bukit Chagar, bagi melihat tahap kesiapsiagaan fasiliti kawalan sempadan negara menjelang operasi penuh yang dijadualkan bermula pada 31 Disember 2026.

RTS Link merupakan projek strategik yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands North, Singapura melalui rangkaian rel sepanjang kira-kira empat kilometer serta dijangka mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap hala dengan tempoh perjalanan sekitar enam minit.

Setakat ini, sebanyak 220 unit perkakasan e-Gate telah selesai dipasang manakala integrasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) dijadual bermula pertengahan Jun 2026 sebagai sebahagian daripada pelaksanaan teknologi digital dan kawalan sempadan moden di RTS Link.

Kerajaan turut memberi perhatian serius terhadap kesiapsiagaan pegawai penguat kuasa dengan pengisian 794 waran perjawatan melibatkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan operasi RTS Link dapat berjalan lancar dan selamat.

RTS Link juga bukanlah sekadar projek pengangkutan awam, sebaliknya menjadi pintu masuk strategik negara yang memerlukan tahap keselamatan, penguatkuasaan dan koordinasi operasi yang tinggi antara Malaysia dan Singapura.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *