π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗣𝗨𝗦𝗨-𝗣𝗨𝗦𝗨 π—žπ—˜ 𝗝𝗣𝗑

𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯ 𝗕𝗔𝗛π—₯𝗨, 𝟴 𝗠𝗲𝗢 β€” Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyeru rakyat agar tidak berpusu-pusu ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) susulan pengenalan MyKad baharu yang dijadual bermula 1 Jun 2026.

πŸ’¬ β€œUndang-undang tidak menyebut semua rakyat wajib terus menukar MyKad mereka apabila versi baharu diperkenalkan. Ambil sedikit masa dan lakukan secara teratur demi kemudahan bersama.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

KDN menegaskan MyKad sedia ada masih sah digunakan seperti biasa dan tiada arahan wajib untuk semua rakyat menukar kad pengenalan masing-masing secara serentak.

Pendekatan penggantian secara berfasa akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan urusan rakyat berjalan lancar, mengelakkan kesesakan di kaunter serta menjaga keselesaan orang ramai.

Ketika ini, lebih 20 juta rakyat Malaysia menggunakan MyKad sebagai dokumen identiti rasmi negara.

MalaysiaMADANI

KDNMADANI

KeselamatanTanggungjawabBersama

PeopleCentric

MyKad

JPN

IdentitiNasional

Sumber: Lawatan Rasmi YB Menteri Dalam Negeri ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Stesen Bukit Chagar bagi meninjau projek RTS Link Johor Bahru–Singapura, 8 Mei 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *