
๐ฃ๐จ๐ง๐ฅ๐๐๐๐ฌ๐ | 12 Mei 2026 โ Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan smart enforcement menerusi operasi bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
๐ฌ โKDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan pintar secara bersepadu bagi memastikan keselamatan negara, kestabilan bekalan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Sepanjang tempoh 12 April hingga 10 Mei 2026, sebanyak 159 kes direkodkan dengan nilai rampasan kumulatif mencecah ๐ฅ๐ ๐ฎ๐ฑ.๐ญ๐ฒ ๐ท๐๐๐ฎ melibatkan diesel, petrol, LPG dan barangan kawalan lain.
Dalam tempoh sama, seramai 623 ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป direkodkan hasil operasi bersepadu melibatkan PDRM (KDNKA & JSJ D3), APMM dan JIM.
Bagi statistik harian pada 10 Mei 2026 pula, nilai rampasan harian direkodkan sebanyak ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฐ๐ฑ,๐ญ๐ฎ๐ฑ.๐ฑ๐ฌ melibatkan dua kes Ops Tiris serta tiga tangkapan di Kedah dan Sabah.
Sumber: KDN
