
PUTRAJAYA, 13 Mei 2026 โ Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memastikan pelaksanaan MyKad Struktur Baharu dilaksanakan secara inklusif dan mesra rakyat, khususnya kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
๐ฌ โKerajaan MADANI komited memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menikmati perkhidmatan identiti negara yang selamat, inklusif dan mesra rakyat.โ
~๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ณ๐๐ฑ๐ฑ๐ถ๐ป ๐ก๐ฎ๐๐๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐๐บ๐ฎ๐ถ๐น, Menteri Dalam Negeri.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan pelbagai kemudahan khas termasuk kaunter mesra OKU, bantuan peribadi di kaunter, temujanji fleksibel serta perkhidmatan Mobile JPN bagi memudahkan urusan rakyat yang memerlukan.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap rakyat mendapat akses yang adil, selamat dan selesa terhadap perkhidmatan kerajaan tanpa halangan.
Selain memperkukuh keselamatan identiti nasional melalui teknologi baharu yang lebih moden dan selamat, penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat juga kekal berjalan seperti biasa tanpa gangguan.
Lebih 20 juta rakyat Malaysia menggunakan MyKad sebagai identiti rasmi negara yang menjadi asas kepada pelbagai urusan penting rakyat setiap hari.
Sumber: JPN
