𝗦𝗠𝗔π—₯𝗧 π—˜π—‘π—™π—’π—₯π—–π—˜π— π—˜π—‘π—§ π—žπ——π—‘π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—•π—˜π—žπ—”π—Ÿπ—”π—‘ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔

13 Mei 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan smart enforcement menerusi operasi bersepadu melibatkan PDRM, AKPS, APMM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan keselamatan sempadan, kelancaran rantaian bekalan serta kestabilan ekonomi negara terus terpelihara.

πŸ’¬ β€œKDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bersepadu demi melindungi keselamatan ekonomi rakyat serta memastikan kestabilan bekalan negara.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Melalui pendekatan β€œSatu Agensi, Satu Tugas, Satu Matlamat Demi Negara”, KDN terus memastikan setiap operasi dilaksanakan secara strategik, pantas dan berimpak tinggi bagi mengekang ancaman penyeludupan, penyelewengan subsidi dan jenayah rentas sempadan.

Pendekatan penguatkuasaan pintar yang dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan:
β–ͺ️ Pemeriksaan kenderaan
β–ͺ️ Kawalan sempadan & laluan tikus
β–ͺ️ Rondaan laut & pelabuhan
β–ͺ️ Pemeriksaan dokumen & barang
β–ͺ️ Operasi bersepadu pelbagai agensi

KDN menegaskan bahawa elemen smart enforcement bukan sekadar tindakan penguatkuasaan, malah menjadi benteng utama negara dalam:
πŸ”Ή Mencegah ketirisan bekalan
πŸ”Ή Melindungi kepentingan negara
πŸ”Ή Menjamin kesejahteraan rakyat
πŸ”Ή Memperkukuh kerjasama antara agensi
πŸ”Ή Melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan pintar

Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *