Malaysia terus pertingkatkan daya saing melalui kerangka ekonomi yang lebih bersasar – PMX

14 Mei 2026

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC), Duta (Bersara) Brian McFeeters serta delegasi sempena Misi Perniagaan Malaysia 2026.

Pertemuan tersebut membuka ruang membincangkan potensi memperkukuh pelaburan dan kerjasama strategik merentasi pelbagai sektor antara Amerika Syarikat dan ASEAN khususnya Malaysia.

PMX menegaskan bahawa Malaysia terus mempertingkat daya saing negara melalui kerangka ekonomi yang jelas seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) yang lebih bersasar dan berasaskan hasil.

” Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kemampanan, daya tahan ekonomi dan penaiktarafan industri negara, di samping memastikan pelaburan berkualiti terus memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara,” kata PMX dalam perkongsian di laman media sosialnya hari ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *