KPKM PERKETAT KAWALAN SAYURAN IMPORT MELALUI PENGUATKUASAAN SIJIL ANALISIS

PUTRAJAYA, 14 MEI 2026 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(KPKM) akan menguatkuasakan keperluan Sijil Analisis atau Certificate of Analysis
(CoA) bagi lima jenis sayuran import iaitu cili merah, timun, tomato, sayur sawi dan
kubis bulat berkuat kuasa 1 Jun 2026.

Langkah ini dilaksanakan bagi memperkukuh kawalan keselamatan makanan negara,
khususnya dalam memastikan sayuran import yang memasuki pasaran tempatan
mematuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.

Pelaksanaan syarat CoA ini akan dibuat secara bersepadu melalui kerjasama antara
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Agensi
Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di semua pintu masuk
negara.

Kementerian akan terus bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bagi
memastikan pelaksanaan penguatkuasaan ini berjalan lancar, tanpa menjejaskan
kestabilan bekalan sayuran dalam negara.

KPKM kekal komited dalam memastikan tahap keselamatan, sekuriti dan kualiti
makanan negara sentiasa terjamin demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai panduan permohonan Sijil Analisis (CoA) akan dimuat naik
di laman sesawang rasmi KPKM dalam masa terdekat dan boleh dirujuk dari semasa
ke semasa.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *