Pendirian Malaysia tegas, krisis Asia Barat harus diselesaikan melalui dialog

NEW DELHI, 14 Mei – Malaysia menegaskan bahawa segala pertikaian di Asia Barat perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendirian itu disampaikan dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Iran, Dr Seyed Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara Rakan BRICS 2026 di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu, beliau turut mendapatkan perkembangan terkini mengenai konflik di Asia Barat yang terus memberikan kesan terhadap kestabilan serantau dan keselamatan antarabangsa.

β€œMalaysia menegaskan pendirian bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa, demi menjamin keamanan, kestabilan serta keselamatan di rantau tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *