PMX mahukan MARA berperanan sebagai institusi terasa pemerkasaan Bumiputera

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
14 MEI 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memainkan peranan penting sebagai institusi teras pemerkasaan Bumiputera melalui agenda pembangunan secara lebih adil, inklusif dan menyeluruh demi menjamin masa depan Bumiputera serta negara yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Beliau berkata usaha ini boleh diperkukuh melalui akses pendidikan berkualiti, latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) dan kemahiran, pembiayaan pendidikan, pembangunan usahawan serta sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

Terdahulu beliau mengadakan perjumpaan khas bersama pengurusan tertinggi MARA hari ini demi memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera terus dipacu dengan tadbir urus yang baik, berintegriti dan berkesan.

LEBIH RAMAI PEKERJA

Jelas beliau menerusi dasar yang diperjuangkan MARA, lebih ramai pekerja mahir dan separa mahir selain profesional dan usahawan tempatan yang berdaya saing dapat dilahirkan lantas menyumbang kepada tenaga kerja di negara ini.

“Natijahnya, ini sekali gus meningkatkan penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara selari dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata menerusi pelbagai inisiatif transformasi dan program penskalaan usahawan, MARA juga telah memberi manfaat kepada jutaan pelajar serta usahawan Bumiputera dalam memperkukuh mobiliti sosial dan penguasaan ekonomi negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *