
16 Mei 2026
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Teguh 2.0 berjaya melumpuhkan satu sindiket penipuan dalam talian antarabangsa yang aktif menjalankan kegiatan pelaburan palsu, love scam dan perjudian dalam talian melibatkan mangsa tempatan serta warga asing.
π¬ “Kerajaan akan terus memperkukuh pendekatan smart enforcement dan kerjasama strategik antara agensi bagi memastikan keselamatan rakyat serta kestabilan negara terus terpelihara daripada ancaman sindiket jenayah antarabangsa.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Operasi bersepadu yang dilaksanakan di sekitar Lembah Klang itu menyaksikan:
β
187 individu ditahan
β
46 serbuan premis dijalankan
β
Rampasan keseluruhan mencecah RM57.68 juta
β
3 hartanah mewah bernilai RM38 juta dirampas
β
20 kenderaan mewah bernilai RM6.58 juta disita
β
67 barangan mewah dan barang kemas bernilai RM12 juta dirampas
β
556 peranti digital turut disita
Operasi ini turut membuktikan kecekapan tindakan penguatkuasaan bersepadu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bahagian AML, CyberSecurity Malaysia, Telekom Malaysia serta agensi berkaitan dalam memerangi jenayah siber rentas sempadan.
Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang bentuk penipuan dalam talian dan segera menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa atau mempunyai keraguan berkaitan scam.
Sumber: Bernama
