π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗖𝗨𝗕𝗔 π—žπ—›π—œπ—”π—‘π—”π—§, π—¨π—šπ—¨π—§ π—žπ—˜π—¦π—§π—”π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗑 – 𝗣𝗠 𝗔𝗑π—ͺ𝗔π—₯

17 Mei 2026

JohorBahru : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak cuba mengugut atau mengkhianati kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata, jika perkara itu berlaku, beliau bersedia memulangkan mandat kepada rakyat sekiranya dicabar.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata walaupun mengamalkan pendekatan berhemah dan lunak dalam rundingan politik, ia tidak seharusnya disalah tafsir sebagai tanda kelemahan.

“Saya nak beri mesej yang jelas hari ini… kita berjuang puluhan tahun berdasarkan prinsip… kita mengambil pendekatan yang hikmah, berunding dengan baik, tidak menegur dan menyergah mereka secara terbuka kerana kita faham maksud ‘bil hikmah’.

β€œTapi jangan salah baca, jangan salah faham, jangan ugut dan jangan ada tindakan ke arah pengkhianatan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH hari ini.

Konvensyen PH hari ini menerima kehadiran hampir sepuluh ribu perwakilan dan pimpinan dari seluruh negara.

Amanat PMX telah menyuntik semangat untuk anggota jentera PH siap siaga menghadapi pilihanraya di negeri masing-masing.

Sumber: Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *