
๐ ๐๐ฅ๐, ๐ญ๐ฒ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Zon Miri berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras bernilai lebih RM221 ribu di periaran Limbang pada malam semalam.
Pengarah Maritim Zon, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, kejayaan ini merupakan hasil maklumat risikan yang diperoleh oleh pihak Maritim Malaysia dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan berkenaan.
โBertindak atas maklumat tersebut, sebuah bot ronda yang sedang melaksanakan operasi pemantauan rutin telah berjaya merampas barangan seludup pada pukul 10.15 malam di kedudukan 0.1 batu nautika dari barat Jeti Limbang,โ tambah beliau.
Hasil pemeriksaan menemukan 1,170 karton minuman keras berbalut plastik hitam yang disembunyikan secara tersusun dan rapi, dengan nilai anggaran rampasan mencecah lebih RM221 ribu.
โMinuman keras berkenaan dipercayai ditinggalkan oleh penyeludup yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
โKesemua barang rampasan dipercayai untuk diseludup bagi kegunaan pasaran tempatan yang kini mendapat permintaan tinggi disebabkan musim perayaan bakal tiba,โ tamba beliau.
Khairol Anuar turut menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti kecekapan pasukan dan keberkesanan jaringan risikan di lapangan.
โMaritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjadikan perairan kita sebagai laluan atau sarang penyeludupan haram,โ tegas beliau.
Beliau turut berkata, rondaan dan operasi akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan perairan Limbang sentiasa terpelihara daripada jenayah rentas sempadan.
Terdahulu, siasatan awal mendapati rampasan tersebut dipercayai berkait dengan aktiviti penyeludupan arak dari negara jiran, yang secara jelas melanggar peruntukan Akta Kastam 1967.
Kesemua barang rampasan dibawa ke Kompleks Ibu Pejabat Maritim Zon Miri untuk proses dokumentasi dan laporan polis, sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi Maritim Malaysia dalam menjaga sempadan perairan negara, daripada ancaman penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ekonomi maritim negara.
