๐ŸŽ๐Ÿ“š HADIAH BUAT WARGA PENDIDIK ๐Ÿ“š๐ŸŽ

Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing, memimpin dan membina masa depan negara.

Di sebalik setiap dasar pendidikan, kurikulum dan agenda reformasi pendidikan, ada seorang guru yang menghidupkannya di dalam bilik darjah.

Sempena Sambutan Hari Guru 2026, kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan pelbagai Ikhtiar Pendidikan Guru sebagai komitmen berterusan untuk memperkasa warga pendidik negara.

โœจ Antaranya:

โœ… Kursus Pensijilan Google Certified Educator (GCE) secara PERCUMA
โœ… Hadiah Latihan Persekutuan Khas (HLP) untuk guru sekolah rintangan
โœ… Biasiswa Perguruan Persekutuan untuk pemimpin sekolah
โœ… Projek NODE bagi pendidikan digital tanpa internet di kawasan pedalaman
โœ… Pembekalan peranti ke semua sekolah seluruh Malaysia
โœ… Naik taraf bilik guru & kuarters guru
โœ… Pemansuhan sistem perekodan kokurikulum secara manual
โœ… Naik taraf kemudahan di IPG, IAB & Matrikulasi
โœ… Bahan bacaan tambahan prasekolah
โœ… Lantikan 20,000 guru Contract of Service (CoS)
โœ… Bantuan RM1000 Anak Cemerlang
โœ… Moratorium sewa kantin sekolah

Semua ini bukan sekadar bantuan, tetapi tanda penghargaan kepada insan yang selama ini berjuang mendidik generasi masa depan negara.

๐ŸŒธ Guru yang sejahtera akan melahirkan murid yang berjaya.
๐ŸŒธ Guru yang diperkasa akan membina negara yang lebih hebat.

Terima kasih cikgu, atas segala jasa, pengorbanan dan amanah yang ditunaikan dengan penuh keikhlasan.

Guru Bitara, Nadi Negara. โค๏ธ

HariGuru2026 #TerimaKasihCikgu #HadiahBuatWargaPendidik

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *