
KUCHING, 18 Mei – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari keenam bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima diteruskan hari ini.
Timbalan Speaker DUN, Dato Idris Buang dalam pemasyhurannya memaklumkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN tidak hadir pada persidangan tersebut.
Beliau berkata, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang juga ADUN Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil dan ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang tidak hadir hari ini.
Sementara itu, ADUN Tanjung Datu Azizul Annuar Adenan tidak hadir sehingga 20 Mei 2026.
Persidangan diteruskan dengan sesi penggulungan dari Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, dan juga Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.
Vonnesia
