PMX tunaikan janji balas surat adik Nanang dari Pulau Banggi

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
18 MEI 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tunaikan janji beliau untuk membalas surat adik Nanang dari Pulau Banggi tempoh hari.

Anwar berkata hari ini pasukan beliau telah mengunjungi adik Nanang serta keluarganya bagi menyampaikan sendiri surat yang dijanjikan.

Jelas beliau sepucuk surat kecil, namun cukup besar maknanya kerana di sebalik tulisan itu tersimpan harapan, keikhlasan dan impian seorang anak kecil tentang masa depan.

“Surat seperti inilah yang terus mengingatkan saya bahawa di pelosok mana sekali pun, anak-anak kita tetap menyimpan cita-cita yang besar untuk mengubah kehidupan mereka melalui ilmu dan pendidikan,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

TERUS CINTAI ILMU

Beliau titipkan pesan agar Nanang terus cintai ilmu, jaga solat, sayangi ibu bapa dan jangan pernah berhenti belajar walau apa jua keadaan.

“Semoga dua buah buku yang saya hadiahkan menjadi teman perjalanan untuk terus membaca, berfikir dan membina impian demi keluarga, agama dan negara,” ujar beliau.

Anwar berharap masa depan Malaysia akan terus bercahaya selagi masih ada anak-anak seperti Nanang yang lembut hatinya, tekun menuntut ilmu dan menyimpan harapan besar untuk hari esok. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *