MALAYSIA PERKUKUH DAYA TAHAN DAN KETERANGKUMAN DIGITAL SEMPENA SAMBUTAN WTISD & GICT 2026

SUBANG, 18 Mei 2026 — Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching hari ini
merasmikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia
(WTISD) dan Girls in ICT (GICT) 2026 di Saujana Hotel Subang.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi (KK) menerusi Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini menghimpunkan pelbagai pihak
berkepentingan seperti pembuat dasar, peneraju industri, rakan antarabangsa, ahli
akademik, pelajar dan wakil media bagi memperkukuh agenda digital negara.

Bertemakan “Digital Lifelines: Strengthening Resilience in a Connected World” dan “AI
for Development: Girls Shaping the Digital Future”. WTISD menekankan peranan
infrastruktur digital dalam menyokong kesinambungan ekonomi, keselamatan awam
dan daya tahan masyarakat, manakala Girls in ICT memberi tumpuan kepada usaha
memperkasa kanak-kanak perempuan dan wanita muda agar dapat memainkan
peranan yang lebih aktif dalam mencorakkan masa depan teknologi dan inovasi
digital.

Kerajaan terus memperkukuh kesalinghubungan digital menerusi inisiatif seperti
Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), pelaksanaan 5G dan projek Sambungan
Kabel Dasar Laut (SALAM). Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini melebihi 82%,
manakala kadar penggunaan Internet negara mencapai 98.4% bagi lelaki dan 97.6%
bagi wanita.

Usaha memperkasa penyertaan digital turut diperkukuh melalui Pusat Sebaran
Maklumat Nasional (NADI) yang merekodkan hampir 1.9 juta pengguna berdaftar,
termasuk 53% wanita.

Inisiatif seperti NADI EmpowerHER turut membantu
meningkatkan kemahiran digital, keusahawanan dan peluang sosioekonomi wanita.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, kementerian komited memastikan
manfaat transformasi digital dapat dinikmati secara menyeluruh melalui
pembangunan ekosistem digital yang selamat, inklusif dan mampan, seiring dengan
peranan aktif Malaysia sebagai Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
(ITU).

Dikeluarkan oleh:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *