Satu langkah ke hadapan demi masa depan yang gemilang – Fadhlina Sidek

19 Mei 2026

Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama-sama rakan strategik, Universiti Multimedia (MMU) dan Huawei Malaysia membawa makna besar, khususnya dalam usaha KPM untuk terus memperkukuh pendidikan TVET.

Menerusi jalinan kerjasama strategik ini, program TVET-AI akan dilaksanakan di lima sekolah berasrama penuh terpilih sebelum dikembangkan lagi pada masa hadapan.

Selain diberi pendedahan kepada teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) bermula di Tingkatan Satu, anak-anak yang mengikuti program TVET-AI berpeluang untuk mendapat sijil profesional Huawei Certified ICT Associate-Artificial Intelligence (HCIA-AI) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pensijilan tersebut turut membuka ruang pemindahan kredit apabila mereka melanjutkan pengajian ke peringkat universiti kelak.

Inisiatif ini pastinya dapat meningkatkan kebolehpasaran anak-anak selepas tamat pengajian serta pada masa sama memenuhi keperluan tenaga kerja pakar negara.

Melihat ke hadapan, kita perlu membuka seluas-luasnya ruang pelibatan aktif rakan strategik bagi pelaksanaan inisiatif pendidikan berimpak tinggi. Cabaran semasa dan masa hadapan yang semakin kompleks memerlukan kita untuk bekerja dalam sinergi dengan menggabungkan idea, kepakaran dan sumber untuk mewujudkan ekosistem pendidikan lebih baik.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *