π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—£π—˜π—Ÿπ—”π—₯π—œπ—”π—‘ π—§π—˜π—£π—”π—§, π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ & π—§π—˜π—₯𝗔𝗧𝗨π—₯

20 Mei 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan pengurusan pelarian dan pemohon suaka secara lebih tersusun, terkawal serta berteraskan keselamatan negara menerusi pelaksanaan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

πŸ’¬ β€œSetiap proses akhir pelarian dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, telus dan mengutamakan keselamatan negara.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Menerusi lawatan kerja ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS) Bidor, Perak, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail meninjau sendiri pelaksanaan proses pendaftaran biometrik, saringan keselamatan, dokumentasi dan semakan status pelarian yang dilaksanakan secara ketat, profesional serta berintegriti.

Pendekatan ini membolehkan Kerajaan MADANI memperkukuh pemantauan, penguatkuasaan dan pengurusan migran secara lebih sistematik tanpa menjejaskan aspek keselamatan, kedaulatan serta kepentingan rakyat Malaysia. Program ini turut memastikan setiap individu direkodkan melalui data biometrik dan identiti yang sahih bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Sumber: Kenyataan Media Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS) Bidor, Perak, 18 Mei 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *