๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”โ€“๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ฆ ๐——๐—จ๐—” ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”

.
๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—ฌ๐—”, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐— ๐—ฒ๐—ถ โ€“ Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya, Malaysia bersama Rescue Coordination Centre (RCC) Indonesia telah berjaya melaksanakan Latihan Komunikasi Mencari dan Menyelamat (SARCOMEX) secara dua hala sebagai langkah memperkukuh koordinasi serta meningkatkan kecekapan respons terhadap insiden kecemasan maritim di kawasan tanggungjawab kedua-dua negara.

Eksesais yang berlangsung selama dua jam itu menjadi platform penting dalam menguji keberkesanan saluran komunikasi rasmi, ketepatan penyaluran maklumat serta penyelarasan aset dalam pelaksanaan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) secara bersepadu.

Latihan tersebut melibatkan dua simulasi kecemasan maritim, iaitu insiden dua kru kapal Malaysia yang dipercayai terjatuh ke laut di perairan Indonesia dan diselaraskan oleh RCC Indonesia. Simulasi kedua pula melibatkan sebuah kapal Indonesia yang dilaporkan karam di perairan Malaysia dan diselaraskan oleh MRCC Putrajaya.

Pelaksanaan SARCOMEX ini membuktikan keupayaan kedua-dua negara dalam memastikan tindak balas pantas serta pengurusan insiden rentas sempadan yang lebih cekap dan berkesan. Selain menjadi penanda aras tahap kesiapsiagaan aset SAR, latihan ini turut menilai tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa dalam pengendalian operasi kecemasan maritim.

Kejayaan eksesais ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Indonesia dalam memperkukuh keselamatan nyawa di laut serta meningkatkan kesejahteraan komuniti maritim serantau.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *