π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 π—žπ—˜π—žπ—”π—Ÿ π—žπ—˜π—¨π—§π—”π— π—”π—”π—‘

21 Mei 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memastikan pengurusan pelarian dan pemohon suaka dilaksanakan secara lebih tersusun, terkawal serta berpandukan undang-undang tanpa menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.

πŸ’¬ β€œKeselamatan dan kedaulatan negara akan terus menjadi keutamaan dalam setiap aspek pengurusan pelarian di negara ini.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Melalui pelaksanaan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), setiap proses melibatkan pendataan biometrik, saringan keselamatan, pemantauan serta penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional dan berasaskan data yang sahih bagi memperkukuh keselamatan negara serta tadbir urus migrasi yang lebih berkesan.

Pengurusan akhir pelarian di bawah Program DPP turut melibatkan tiga pendekatan utama iaitu penghantaran pulang ke negara asal apabila keadaan mengizinkan, penempatan ke negara ketiga melalui kerjasama antarabangsa serta pengusiran sekiranya melanggar undang-undang Malaysia.

Sumber: Kenyataan Media Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS) Bidor, Perak, 18 Mei 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *