



Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
22 MEI 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur bersama-sama ahli kariah dan masyarakat setempat.
Beliau menjelaskan khutbah hari ini bertajuk “Arafah Hari Kebangkitan” menyentuh keistimewaan Hari Arafah pada 9 Zulhijah yang akan tiba kelak.
Jelas beliau perhimpunan besar yang akan berlangsung ini bukan sekadar gambaran kesatuan umat Islam, namun lebih dari itu, kita juga perlu mengangkat nilai dan kualiti umat untuk berhadapan dengan tantangan zaman.
“Saya mendoakan agar semua para petugas dan tetamu Allah SWT (Duyufur Rahman) yang istimewa kini terus diberikan kesihatan, memberi sepenuh tumpuan kepada ibadat haji dan memperoleh haji yang diterima Allah SWT,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM
