πŸ‡²πŸ‡Ύ PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA DAN MyKAD VERSI BAHARU BAKAL DIRASMIKAN PADA 16 JUN 2026 ini

23 Mei 2026

Malaysia melangkah ke hadapan dengan pengenalan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan terkini bagi memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara.

πŸ’¬ Pengenalan PMA versi baharu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan keselamatan dokumen perjalanan Malaysia sentiasa diyakini, moden dan selamat digunakan di peringkat global. PMA baharu ini bukan sekadar dokumen perjalanan, tetapi simbol kedaulatan negara yang diperkukuh melalui teknologi keselamatan moden.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Penambahbaikan ini merangkumi teknologi hologram moden, cetakan ultraviolet (UV), elemen visual tersembunyi, ciri forensik khas serta benang keselamatan pelbagai warna yang lebih sukar dipalsukan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keselamatan identiti negara melalui penggunaan teknologi keselamatan bertaraf antarabangsa.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri & JIM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *