


22 Mei 2026
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang sebanyak 1,000 bakul makanan kepada golongan memerlukan menerusi Program Sumbangan Kasih Aidiladha YSIJ Tahun 2026.
Sumbangan itu, melibatkan pengagihan 300 bakul makanan kepada Komuniti Pasir Gudang.
Majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Pasir Gudang Baru pada hari ini (22 Mei), disempurnakan Dato’ Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan YSIJ kepada Mohamad Ali Abdul Wahab, Penghulu Kanan Pejabat Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru, serta Daud Saad, Ketua Kampung Pasir Gudang Baru.
Turut hadir, Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ.
Sementara itu, sebanyak 700 bakul makanan pula diserahkan kepada Komuniti Orang Pekak Islam Johor Bahru dan Komuniti Stulang di Dewan Serbaguna Majidee, Kampung Dato Sulaiman Menteri.
Majlis serahan sumbangan disempurnakan oleh Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ kepada Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru bersama YB Andrew Chen Kah Eng, Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang.
