
24 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh operasi penguatkuasaan bersepadu menerusi kerjasama strategik antara PDRM, APMM dan JIM dalam membanteras ketirisan barang kawalan, penyeludupan serta ancaman rentas sempadan negara.
💬“KDN akan terus memperkukuh operasi bersepadu dan penguatkuasaan strategik demi melindungi keselamatan negara serta memastikan ketirisan dan penyeludupan dapat dibanteras secara menyeluruh.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Bagi tempoh 12 April hingga 22 Mei 2026, sebanyak RM51.1 juta nilai rampasan aset maritim dan pengangkutan berjaya direkodkan melibatkan kapal, bot, kenderaan serta pelbagai aset penyeludupan hasil tindakan operasi berterusan di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, PDRM KDNKA merekodkan rampasan sebanyak RM46.5 juta, manakala APMM merekodkan rampasan bernilai RM4.6 juta menerusi operasi penguatkuasaan maritim dan sempadan negara.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) | 24 Mei 2026
