
25 Mei 2026
Jangan terpedaya dengan trend vape moden atau penjualan tersembunyi di media sosial. Kini, sindiket dadah dikesan semakin licik dengan mencampurkan bahan berbahaya seperti Furanyl Fentanyl ke dalam cecair vape bagi mengaburi mata masyarakat dan pihak berkuasa.
Dadah sintetik ini dikenali sebagai βdadah zombieβ kerana kesannya yang sangat merbahaya terhadap tubuh manusia. Furanyl Fentanyl merupakan opioid sintetik yang dianggarkan 50 hingga 100 kali lebih kuat daripada morfin dan boleh membawa maut walaupun pada dos yang kecil.
Lebih membimbangkan, urusan jual beli dilakukan secara tersembunyi menggunakan akaun palsu, aplikasi pesanan sementara, e-wallet dan platform media sosial bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa. Taktik ini mensasarkan golongan muda, pelajar dan pengguna vape yang tidak menyedari bahaya sebenar di sebalik produk tersebut.
Penggunaan bahan ini boleh menyebabkan pernafasan menjadi perlahan, hilang kesedaran, keadaan khayal melampau seperti βzombieβ, malah kematian mengejut akibat dos berlebihan.
Ingat β sekali tersilap langkah, nyawa menjadi taruhan.
Masyarakat khususnya ibu bapa, penjaga dan golongan belia diseru agar lebih peka terhadap ancaman dadah sintetik yang semakin membimbangkan. Jangan mudah percaya kepada penjualan dalam talian tanpa mengetahui kandungan sebenar produk yang dibeli.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah diminta menyalurkannya kepada pihak polis melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.
ππππ πππππππ πππππ, ππππππππ ππππππππ
