
25 Mei 2026
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa tragedi bot keselamatan di pelantar minyak luar pesisir Terengganu-Pahang yang meragut tiga nyawa ketika latihan pemindahan kecemasan, tengah hari Semalam (Ahad)
Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, 28, Ahmad Fikri Zakaria, 38, dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 37.
Seorang lagi mangsa, Muhammad Taufik Mohd Ruslan, 36, dilaporkan cedera dan kini sedang menerima rawatan.
Menurut laporan awal, bot keselamatan (lifeboat) tersebut dipercayai terhempas selepas tali penyokong putus ketika latihan dijalankan. Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan maklumat berhubung ketinggian jatuhan apabila ada laporan menyebut sekitar 4 meter, manakala sumber lain mendakwa ia mencecah antara 14 hingga 40 meter.
Diharapkan siasatan pihak berkuasa dapat dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta memberikan penjelasan tepat kepada semua pihak.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan seluruh keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi dugaan ini.
