๐๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐•๐ž๐ซ๐ฌ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ญ๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ค๐š๐ง

26 Mei 2026

Pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang sebelum ini dijadualkan bermula pada 1 Jun ini ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu diambil bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan serta pengalaman urusan rakyat terus berada pada tahap terbaik.

Menurut kenyataan itu, orang ramai masih boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa, manakala pasport yang masih berkuat kuasa kekal sah digunakan sehingga tamat tempoh.

โ€œSebarang perkembangan lanjut berkaitan pelaksanaan PMA versi baharu akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dari semasa ke semasa,โ€ menurut kenyataan itu.

JIM turut menghargai kerjasama dan sokongan berterusan orang ramai serta kekal komited dalam memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara dan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *