OPS KHAS MOTOSIKAL SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILADHA

Kuala Lumpur, 25 Mei 2026 (Isnin) – Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) telah melaksanakan Operasi Khas Motosikal HRAA di Plaza Tol Sentul Pasar. Operasi yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam diketuai oleh YBrs. Tuan Jasman bin Jamaluddin, Ketua Seksyen Pengurusan Penguatkuasa JPJ WPKL.

Dalam operasi di Plaza Tol Sentul Pasar, sebanyak 2887 kenderaan telah diperiksa, dengan 79 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. Jumlah notis yang dikeluarkan adalah 150 notis dan 6 buah motosikal telah disita.

Kesalahan utama yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, ketiadaan insurans, memandu bawah umur, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, dan lain-lain kesalahan teknikal yang tidak mematuhi peraturan.

Operasi ini adalah bukti komitmen JPJ dan rakan strategik untuk menjadikan jalan raya Malaysia lebih selamat.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *