Aidiladha: PM Anwar Sumbang 260 Ekor Lembu Korban Untuk Permatang Pauh

26 Mei 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyumbangkan sebanyak 260 ekor lembu korban kepada Parlimen Permatang Pauh bersempena dengan Hari Raya Aidiladha tahun ini, bagi membantu golongan memerlukan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 155 ekor lembu diagihkan menerusi Program Korban MADANI di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen berkenaan, iaitu DUN Seberang Jaya sebanyak 54 ekor, DUN Penanti (67 ekor) dan DUN Permatang Pasir (34 ekor), manakala 105 ekor lagi disumbangkan kepada Masjid Daerah Seberang Perai Tengah.

Perdana Menteri berkata ibadah korban bukan sekadar pelaksanaan ritual agama, sebaliknya membawa mesej besar mengenai ketaatan kepada Allah SWT, semangat pengorbanan dan daya juang dalam kehidupan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *