
Putrajaya, 27 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ribuan jemaah menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pagi ini.
Usai solat, Khutbah Aidiladha bertajuk “Pengorbanan Menuntut Keikhlasan” disampaikan Imam Besar Masjid Putra, Dr. Muhamad Zakuwa Rodzali, menekankan kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. sebagai teladan agung dalam ketaatan serta pengorbanan kepada Allah SWT.
Mimbar turut mengingatkan bahawa ibadah korban dan haji bukan sekadar ritual, tetapi medan mendidik jiwa agar lebih ikhlas, penyayang dan bertakwa.
