๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฅ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—˜๐—ง ๐—•๐—จ๐—•๐—จ ๐—ก๐—”๐—š๐—”

.
๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—จ๐—ง, ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐— ๐—ฒ๐—ถ โ€“ Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak merampas sebanyak 20 set bubu naga (bubu kambang) di kedudukan sekitar 3 batu nautika barat laut Pulau Talang, Perak kira-kira pada pukul 5.21 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, kesemua bubu berkenaan dikesan oleh aset Maritim Malaysia ketika dalam rutin rondaan rutin di perairan Perak melalui bendera yang diikat pada pancang kayu yang mencurigakan di permukaan air sekitar perairan berkenaan.

Hasil tinjauan mendapati, kesemua entiti yang terapung itu digunakan sebagai penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga itu dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Penggunaan bubu naga boleh mengakibatkan anak-anak ikan dan udang mudah untuk masuk ke perangkap jaring terbabit dan menjejaskan biodiversiti marin serta mengakibatkan hasil laut semakin berkurangan.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh terus menghubungi talian 999 atau Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *