
.
๐๐จ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ, ๐ฎ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ โ Cubaan sindiket menyeludup masuk dadah dipercayai syabu menggunakan taktik menyembunyikannya dalam bungkusan Teh Cina gagal apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Perlis merampas lima bungkusan dadah bernilai hampir RM300 ribu di perairan Kuala Perlis awal pagi semalam.
Pengarah Maritim Zon Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom berkata, rampasan dilakukan kira-kira pukul 12.47 pagi ketika bot ronda Maritim Malaysia melaksanakan Op AMAN dan Op TIRIS 4.0 selepas menerima maklumat risikan mengenai sebuah bot kayu mencurigakan menuju ke muara Sungai Kurung Tengar.
Jelas beliau, bot tersebut kemudian dikesan berada berhampiran kawasan hutan paya bakau sebelum bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak penguat kuasa.
โSuspek bertindak memecut laju ke arah perairan sempadan sebelum terjun ke laut bagi meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.
Pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan sebuah tong berwarna biru yang ditinggalkan dipercayai mengandungi bahan terlarang,โ katanya lagi.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, tong tersebut mengandungi lima bungkusan berisi ketulan hablur kristal disyaki syabu yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini.
Kesemua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Perlis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu Nak Rong turut menegaskan, operasi penguatkuasaan dan pemantauan di perairan negara akan terus dipertingkat bagi membanteras jenayah rentas sempadan khususnya penyeludupan dadah yang mengancam keselamatan negara.
Orang ramai turut diseru menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim menerusi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162, selain talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
