GANGGUAN SUIS LANDASAN DI STESEN CHAN SOW LIN JEJAS JADUAL PERKHIDMATAN LALUAN AMPANG/SRI PETALING

28 Mei 2026

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2026 – Rapid KL ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan tren
di Laluan Ampang/Sri Petaling mengalami kelewatan kerana mengalami kerosakan suis
landasan yang menyebabkan sebuah tren tidak dapat bergerak di Stesen Chan Sow Lin.

Seramai 25 orang penumpang yang berada di dalam tren tersebut telah berjaya dipindahkan
dengan selamat mengikut prosedur operasi.

Pasukan teknikal kini berada di lokasi untuk
menjalankan kerja-kerja pembaikan bagi memulihkan operasi secepat mungkin.

Sehubungan itu, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara telah diaktifkan bagi
membolehkan penumpang meneruskan perjalanan.

Laluan Tren Alternatif dan Bas Perantara Ulang-Alik
Tren
Alternatif
Tren dari Stesen Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Pudu.

Tren perantara di antara Stesen Cheras dan Stesen Bandar Tasik Selatan di Platform 1.

Tren perantara di antara Stesen Ampang dan Stesen Pandan Jaya di Platform 1.

Tren dari Stesen Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Bandar Tasik Selatan.

Bas Perantara

Bas perantara ulang-alik percuma di antara Stesen Pudu dan Stesen Pandan Jaya.

Penumpang yan ingin menuju ke pusat bandar dinasihatkan untuk menggunakan
perkhidmatan tren Laluan Putrajaya dengan membuat pertukaran tren di Stesen Sungai Besi.

Penumpang dinasihatkan untuk mematuhi arahan petugas stesen sepanjang tempoh
gangguan ini.

Maklumat terkini mengenai status perkhidmatan akan dikemas kini dari semasa ke semasa
menerusi saluran media sosial Rapid KL serta aplikasi MyRapid PULSE.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *