OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) MANGSA HILANG DI GUNUNG BATU PUTIH DITERUSKAN

TAPAH, 29 Mei 2026 – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih kini memasuki fasa kritikal selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.

Berdasarkan petunjuk terkini serta penilaian keadaan muka bumi, pasukan SAR memberi tumpuan pencarian di kawasan Sungai Ayer Busok. Mangsa dipercayai berkemungkinan bergerak ke kawasan sungai bagi mendapatkan sumber air setelah berada dalam hutan dengan bekalan yang terhad.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, YS PKPjB Dato’ Sayani binti Hj Saidon, keadaan mangsa dijangka semakin lemah akibat kekurangan makanan, air serta perlindungan yang mencukupi.

Pasukan penyelamat terus mempergiat usaha pencarian di kawasan yang dikenal pasti dengan harapan mangsa dapat ditemui dengan selamat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta untuk segera menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu operasi SAR yang sedang dijalankan.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar mangsa segera ditemui dalam keadaan selamat serta dipermudahkan segala urusan pasukan penyelamat yang bertugas.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *