Tuanku Syed Sirajuddin yakin Perlis berpotensi muncul pintu gerbang perdagangan utama ASEAN

Oleh: Sholina Osman
30 MEI 2026

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah jika negara-negara maju dikenali sebagai pusat perdagangan antarabangsa, maka Baginda yakin Perlis juga berpotensi muncul sebagai pintu gerbang perdagangan utama ASEAN berdasarkan kedudukannya di titik pertemuan Koridor Rel Daratan Intra-Asia dan Koridor Maritim Selat Melaka.

Bagaimanapun titah Baginda, ia perlukan sokongan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pelabur-pelabur serta agensi pembangunan dan pemain industri maka Baginda yakin visi ini mampu direalisasikan.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin – Perlis Inland Port (PIP) di Chuping, Padang Besar hari ini.

MEMPERKENANKAN NAMA BAGINDA

Raja Perlis dalam titah juga memperkenankan nama Baginda digunakan sebagai simbolik Zon Perdagangan Bebas.

Berkenan berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tuanku Syed Sirajuddin juga bertitah supaya Zon Perdagangan Bebas ini terus berkembang sebagai pusat lojistik dan perdagangan moden yang mampu menarik pelaburan berkualiti tinggi serta memperkukuhkan hubungan ekonomi Malaysia dengan negara jiran dan rakan dagang antarabangsa.

MENGAMALKAN SIKAP AMANAH

“Saya juga menyeru agar semua pihak mengamalkan sikap amanah, rajin dan profesional dalam pengurusan supaya Perlis diyakini sebagai β€œtrading hub” pilihan pelabur dan usahawan antarabangsa,” titah Baginda.

Baginda bertitah pembangunan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor perdagangan dan industri berskala besar, malah turut membawa limpahan ekonomi kepada rakyat melalui peluang pekerjaan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana serta membuka minda generasi muda terhadap potensi besar pasaran global.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Mutiara Perlis Sdn Bhd, Kerajaan Negeri Perlis, Kementerian Ekonomi khususnya Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kementerian Pengangkutan Malaysia serta semua pihak yang terlibat dalam pembangunan PIP,” titah Baginda.

Titah Baginda komitmen dan kerjasama erat semua pihak telah menjadikan pembangunan strategi kini satu kenyataan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *