10 Perkara Berkuatkuasa Pada Mulai Hari Ini

1 Jun 2026

(Info Ringkas)

Mulai 1 Jun 2026, beberapa perubahan penting melibatkan rakyat, pekerja dan perniagaan akan mula dilaksanakan.

Antaranya termasuk perlindungan lebih baik di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026, skim perlindungan PERKESO 24 jam, perubahan sistem pengiraan pinjaman kereta, syarat baharu penggunaan media sosial bagi golongan bawah 16 tahun, serta penguatkuasaan lebih ketat terhadap keselamatan dalam talian.

Turut diperkenalkan ialah beberapa perubahan berkaitan Employment Pass, pendaftaran SSM percuma yang dipanjangkan bagi golongan tertentu, dan langkah-langkah baharu untuk melindungi pengguna serta memperkukuh keselamatan digital negara.

Sebagai rakyat yang prihatin, marilah kita mengambil tahu dan memahami perubahan-perubahan ini supaya dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

📌 Kongsikan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai mendapat manfaat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *