Agihan Susu Tepung Bantu Rakyat Cuba Sumbangan Mexico Dan Uruguay

HAVANA, 1 Jun – Cuba mula mengagihkan susu tepung yang disumbangkan oleh kerajaan Mexico dan Uruguay kepada penduduk di ibu negara, Havana, ketika negara itu berdepan kesukaran ekonomi yang semakin meruncing.

Menurut laporan media Cuba, penghantaran terbaharu bantuan kemanusiaan itu tiba di Pelabuhan Havana pada 18 Mei lalu menerusi kapal Asian Katra yang belayar dari Mexico.

“Kira-kira 1.7 tan metrik bekalan bantuan dibawa masuk, termasuk sumbangan daripada Uruguay.

“Pengagihan susu tersebut mula dilaksanakan pada hujung minggu menerusi kedai-kedai bekalan di seluruh Havana,” menurut kenyataan tersebut.

Bantuan itu tiba ketika negara Caribbean tersebut berdepan krisis ekonomi paling buruk dalam beberapa dekad, yang sebahagian besarnya dikaitkan dengan sekatan Amerika Syarikat yang semakin diperketatkan terhadap eksport bahan api ke pulau berkenaan. -REUTERS

Sumber berita: RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *