Yahudi Ultra-Ortodoks protes bantah sertai tentera Israel secara paksa

BAITULMAQDIS, 2 Jun – Ribuan Yahudi ultra-Ortodoks turun ke jalanan di Baitulmaqdis pada Isnin bagi membantah tindakan kerajaan Israel yang mahu memaksa komuniti itu menyertai perkhidmatan tentera.

Penunjuk perasaan bertindak menghalang laluan di satu persimpangan utama sebagai tanda bantahan terhadap dasar Israel yang didakwa semakin menekan golongan ultra-Ortodoks untuk menyertai operasi ketenteraan negara itu.

Keadaan bertukar tegang apabila polis Israel menggunakan meriam air serta anggota berkuda untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Beberapa individu dilihat disembur cecair berbau busuk menggunakan meriam air manakala sebahagian lagi diheret keluar dari jalan oleh anggota polis.

Mengikut undang-undang Israel, perkhidmatan tentera adalah wajib, namun komuniti Yahudi ultra-Ortodoks selama ini kebanyakannya dikecualikan daripada menyertai tentera.

Sekutu politik Benjamin Netanyahu mahu golongan ultra-Ortodoks turut dikerah menyertai tentera, terutama selepas perang berterusan di Gaza dan Lubnan yang mengorbankan hampir 1,000 tentera Israel. – REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *