🚨 ANCAMAN PEMANGSA SIBER TERHADAP KANAK-KANAK

4 Jun 2026

💬 “Melindungi kanak-kanak daripada ancaman siber adalah tanggungjawab bersama. Kesedaran ibu bapa, pendidikan digital dan kerjasama seluruh masyarakat merupakan benteng utama bagi memastikan ruang digital kekal selamat untuk generasi masa depan negara.”
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Dalam era digital yang semakin berkembang, ancaman pemangsa siber terhadap kanak-kanak tidak lagi boleh dipandang ringan. Pemangsa siber sering menggunakan taktik halus seperti memerhati aktiviti dalam talian, mengumpul maklumat peribadi, menganalisis rutin harian serta membina kepercayaan sebelum melakukan eksploitasi atau manipulasi terhadap mangsa. Ancaman seperti grooming dalam talian, buli siber dan eksploitasi seksual kanak-kanak antara risiko yang semakin membimbangkan dalam ekosistem digital masa kini.

Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak dengan memastikan maklumat peribadi tidak didedahkan secara terbuka di media sosial, memantau penggunaan internet serta mendidik mereka mengenai keselamatan digital sejak usia muda. Pendekatan literasi digital dan kesedaran berterusan menjadi antara langkah utama yang disarankan bagi mengurangkan risiko ancaman siber terhadap kanak-kanak.

✅ Pantau aktiviti dalam talian anak-anak
✅ Elakkan perkongsian lokasi dan maklumat peribadi secara terbuka
✅ Didik anak-anak mengenai risiko berinteraksi dengan individu tidak dikenali di internet
✅ Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa

KDN menyeru seluruh masyarakat agar bersama-sama memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran digital yang selamat, bertanggungjawab dan bebas daripada sebarang bentuk eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Lindungi Anak-Anak Kita. Keselamatan Bermula Dengan Kesedaran.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *