
4 Jun 2026
💬 “Setiap permohonan akan dinilai secara adil, teliti dan berasaskan fakta bagi memastikan hak yang layak dapat dipertimbangkan tanpa menjejaskan integriti sistem kewarganegaraan negara.”
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Ramai yang beranggapan bahawa ketiadaan dokumen kelahiran atau dokumen lengkap menyebabkan seseorang kanak-kanak tidak mempunyai peluang untuk membuktikan identiti mereka. Hakikatnya, setiap permohonan akan dinilai berdasarkan fakta, bukti dan semakan yang menyeluruh oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Bagi kes-kes tertentu yang melibatkan pendaftaran lewat kelahiran, pembuktian identiti masih boleh dibuat melalui pelbagai kaedah sokongan yang sah dan boleh disahkan, termasuk:
✅ Dokumen perkahwinan ibu bapa;
✅ Rekod hospital atau kemudahan kesihatan;
✅ Keterangan saksi keluarga yang berkaitan; dan
✅ Ujian DNA jika diperlukan bagi tujuan pengesahan.
Semua dokumen dan bukti yang dikemukakan akan melalui proses semakan serta pengesahan oleh JPN sebelum sebarang keputusan dibuat. Pendekatan ini memastikan setiap permohonan diberikan pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan merit dan bukti yang dikemukakan.
KDN komited untuk memudahkan urusan rakyat yang layak serta memastikan kebajikan kanak-kanak sentiasa diberi perhatian, di samping mengekalkan integriti sistem pendaftaran dan kewarganegaraan negara demi kepentingan generasi masa hadapan.
🤝 KDN akan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang telus, profesional dan berteraskan rakyat agar setiap individu yang layak mendapat akses kepada proses dokumentasi yang sah mengikut peruntukan undang-undang.
