Cimpanzi di Zoo Oakland ‘berlatih’ sempena Piala Dunia FIFA

OAKLAND, 6 Jun – Seekor cimpanzi di Oakland Zoo dilihat ‘berlatih’ sempena kejohanan FIFA World Cup 2026 yang akan berlangsung tidak lama lagi di rantau Teluk San Francisco, Amerika Syarikat.

Sebagai sebahagian daripada aktiviti rangsangan haiwan, penjaga zoo menyediakan pelbagai elemen bertemakan bola sepak di dalam kawasan habitat cimpanzi berkenaan

Antara aktiviti yang disediakan termasuk hiasan bendera serta pelekat bola sepak di sekitar kandang, selain beg khas bertemakan sukan itu yang diisi dengan makanan seperti buah kering, popcorn dan biji bunga matahari untuk dicari oleh cimpanzi.

Pihak zoo memaklumkan pendekatan tersebut bukan sahaja bertujuan memberi rangsangan mental dan fizikal kepada haiwan, malah sebagai usaha menyemarakkan suasana Piala Dunia serta meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan haiwan.

Kejohanan Piala Dunia FIFA dijadualkan bermula di negara tuan rumah bersama Mexico pada 11 Jun, manakala perlawanan pertama di kawasan Teluk San Francisco akan berlangsung pada 13 Jun.

Inisiatif unik itu menarik perhatian pengunjung yang menyaksikan bagaimana haiwan primat berkenaan ‘berinteraksi’ dengan persekitaran bertemakan bola sepak secara aktif.-

Sumber: REUTERS
Sumber berita: RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *