
6 Jun 2026
Tapah : Suasana sebak bercampur gembira di pekarangan Hospital Tapah apabila ahli keluarga Jaslinda Saludin serta rakan-rakan dapat bertemu kembali dengan wanita berkenaan. Kepulangan wanita yang cekal , tabah dan mampu bertahan hidup di hutan selama 14 hari itu disambut dengan linangan air mata gembira oleh insan-insan yang menyayanginya.
Antaranya suami Jaslinda, Haszman Othman, 61, dan kakaknya Jasima,52, yang memeluk wanita tersebut dan memberi kata-kata semangat.
Jaslinda, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei lalu ditemukan dalam keadaan selamat hari ini selepas 14 hari operasi pencarian dijalankan oleh pelbagai agensi dan sukarelawan.
Sumber/Foto: Bernama
