TERIMA KASIH MALAYSIA : PENGORBANAN KALIAN TIDAK AKAN DILUPAKAN

7 Jun 2026

Di sebalik setiap langkah yang diatur, setiap denai yang dirintis, setiap cerun yang didaki dan setiap titisan keringat yang mengalir, berdirinya insan-insan yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua agensi, pasukan keselamatan, komuniti Orang Asli, sukarelawan serta rakyat Malaysia yang bersama-sama menjayakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Gunung Batu Putih bermula 24 Mei hingga 6 Jun 2026.

Setiap pengorbanan, komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang operasi ini menjadi bukti bahawa dalam menghadapi cabaran, kita berdiri sebagai satu pasukan yang kuat, cekal dan bersatu hati.

Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menitipkan doa, sokongan dan kata-kata semangat buat semua anggota yang bertugas di lapangan.

Pengorbanan kalian tidak akan dilupakan. Setiap langkah, setiap titisan keringat, demi menyelamatkan nyawa.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *