
6 Jun 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sukarelawan, pasukan penyelamat dan komuniti Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Perak selepas pendaki wanita Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang sejak 24 Mei lepas ditemukan selamat, petang tadi.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut melahirkan rasa syukur atas penemuan wanita berusia 49 tahun itu.
“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih sukarelawan dan pasukan penyelamat, serta warga Orang Asli Lubuk Gaharu kerana melindungi saudari Jaslinda,” kata beliau. Sumber-Bernama
