






Sholina Osman
Foto: MAIPs
18 JUN 2026
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru rakyat melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan dan menjadikan pekerjaan sebagai ibadah serta menjauhi segala bentuk penyelewengan.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah sesebuah negeri hanya akan benar-benar maju apabila rakvatnva berilmu, berinteariti, beradab dan bersatu padu.
“Kemajuan MADANI yang hakiki bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal, tetapi juga melalui ketinggian ilmu, kemuliaan adab, kekuatan budaya, kematangan pemikiran dan keutuhan nilai masyarakat.
NILAI-NILAI MADANI
“Hayatilah nilai-nilai MADANI dalam kehidupan seharian, perkukuh perpaduan, tingkatkan ilmu, pelihara adab dan laksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab,” titah baginda semasa menyempurnakan perasmian Majlis Maal Hijrah 1448H/2026M peringkat negeri di Dewan 2020 di Kangar hari ini.
Mengiringi Baginda ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Berangkat sama, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
ISLAM YANG SAHIH
Selain itu, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah kefahaman Islam yang sahih berpandukan al-Quran dan sunnah peru diperkukuh manakala budaya politik matang dan beradab dipelihara serta rakyat diperkasakan agar lebih berdikari dan berdaya saing.
“Pembangunan ummah hendaklah terus menjadi keutamaan. la meliputi aspek agama, politik, ekonomi dan sosial. Sikap berani, bijak dan berdikari perlu diterapkan sebagai jati diri rakyat Perlis agar kita mampu membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,” titah baginda.
Selain itu, Raja Perlis bertitah rakyat perlu bersedia mendepani cabaran semasa seperti perkembangan teknologi, kecerdasan buatan (Al), perubahan sosial dan ekonomi global dengan tidak sekadar menjadi pemerhati sebaliknya sebagai pencetus idea, peneraju perubahan dan penyumbang kepada kemajuan.
Pada majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan pengurniaan Tokoh Maal Hijrah bagi negeri Perlis kepada Ahli Lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Datuk Izham Mahmud. – JM
